Renungan:  Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan   
Kalender
Anaini
Artikel

Tutup Gambar

Tutup Thesis Article

Pengendali Web
Newsletter
Untuk menerima berita tentang laman ini, langgani surat edaran kami.
Langgan
Batal langganan
2 Subscribers
Pengunjung

   pelawat

   pelawat online

home.gifSelamat Datang ke laman Web Cikgu Anaini Ameen

 CUTI-CUTI BERSAMA FAMILI
 

 

KURSUS  GSP DAN MULTIMEDIA 

DOING THE BEST THING AT THIS MOMENT PUTS YOU IN THE BEST PLACE FOR THE NEXT MOMENT
name="wmode" value="transparent"/>

 MEMORI INDAH BERSAMA WARGA SMK ABU BAKAR & SMK SERI TUALANG TEMERLOH
 


 
MEMORI INDAH DI JALINAN UKHUWAH TAAYAH 7983 HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
 

 


blog.gif 5 Nota terbaru

AMBIK RESULT SPM - oleh CikguHana

KEPADA CALON SPM 2009 SMK SERI TUALANG 

SILA DATANG KE SEKOLAH UNTUK MENGAMBIL RESULT SPM PADA 11 MARCH 2010 JAM 10.00 PAGI. ANDA SEMUA DIHARAP DAPAT DATANG SERENTAK KERANA ADA PERJUMPAAN BERSAMA PENGETUA. PENGETUA INGIN MENYAMPAIKAN SESUATU KEPADA ANDA SEBELUM RESULT DIEDARKAN.

ANDA DINASIHATKAN SUPAYA BERPAKAIAN KEMAS DAN SOPAN, JUGA BERAMBUT KEMAS SESUAI DENGAN STATUS ANDA SEBAGAI BEKAS PELAJAR SMK SERI TUALANG KETIKA DATANG MENGAMBIL RESULT.

SEMOGA ANDA MENJADI INSAN PALING GEMBIRA PADA HARI ITU. GOOD LUCK...

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 08/03/2010 @ 22:46  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

Bestny di SERATA - oleh ana aini amin

 Salam untuk semua...
Teman tak tau camna nak mula tuleh kat sini. Dah lama sgt ghasanya teman tak update web ni... sibuk dan menyibuk la katakan. walaupun cuti sekolah ghasa macam tak cuti. Sesekali kena gak pi sekolah bereskan keghoje... pastu kat ghumah pun kena update gak benda2 yang banyak tak diupdate lagi. jadual ketat gak... 17-19 hb ni baghu dapat berehat , nk bawa anak-anak bercuti kat bukit gambang resort Kuantan. Tak peghenah pi pun ke sana. Best ke??? sapa peghenah pi... mana best dengan Lost World Tambun atau Bukit Meghah kat Tepen. Nanti teman masukkan gambo ye... jd kome boleh le tengok tempat tu. Boleh le plan bawak anak2 ke situ. 

27 hb ni, tarikh yang ditunggu2. Teman akan jumpa dengan kawan2 yang dah 28 tahun tak jumpa. member2 kat SMA Raja Perempuan Taayah Ipoh dulu. Last jumpa dgn dema, masa umor teman 15 tahun. Ramai yang dah jadi somebody... Tahniah le kengkawan. Yang jadi housewife pun, bukan calang2 h/wife.. berilmu dan berwibawa. Ramai juga yang jadi cikgi macam teman ni... samalah dunia kita weh...
Kenangan kat SERATA memang manis... sangat manis. Ikatan persahabatan sangat akrab. Tapi kengkawan kata trade mark teman - "kuat study"... ye la kot. Memang masa tu tak pikir lain.. nak dapat SRP best, nak tunaikan hajat abah untuk masuk KIK. Abah kata nama teman ni abah ambik sempena nama dua orang anak salah seorang orang penting dalam penubuhan KIK. Zulkifli Ahmad ada 2 orang anak. Sorang Norhana dan sorang Noraini. Jadi abah ambik nama kedua2nya menjadi Norhana Aini. Tu yang teman berusha sedaya upaya untuk sampaikan hajat abah. Alhamdulillah teman dapat gak masuk KIK lepas form 3. Tu yang berpisah ngan member2 kat SERATA. 
Namun, nama kengkawan kat SERATA tetap ada dalam memori. Bila buka YG dan tgk balik nama2 kome, kenangan datang balik. Cuma ada yang muka dah tak ingat... sekarang ni camna la rupa kome... masing2 dah jadi mak orang, mestilah dah berubah kan?.... Tak sabo nk tunggu reunion ni. Nanti teman masukkan gambo2 kita dalam web ni... mesti best kan?... 
Ok... teman stop dulu. nanti tulis lagi. Moral of the story, ikatan persahabatan yang akrab sangat penting dalam hidup kita. Oleh itu carilah seramai mungkin sahabat dan bina ikatan yang akrab dengannya.
Selamat Bercuti dan semoga sentiasa dirahmati....smilesmilesmile

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 15/12/2009 @ 21:03  - 1 Komen 1 Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

Pilihan Bijak... - oleh Cikgu Hana @ Anainiameen

Assalamualaikum semua...

Dah lama cikgu tak menulis sesuatu dalam ruangan ni. Keputusan SPM dah pun diumumkan pada 12 Mac yang lalu. Bagaimana dengan anak-anak yang mengambil SPM 2008 yang lalu. Ada yang tersenyum mendapat keputusan yang baik dan ada yang monyok dan tidak kurang juga yang menangis melihat keputusan yang tidak memuaskan. Apa yang kita dapat adalah selaras dengan apa yang kita usahakan. Jika kita memberi komitmen yang begitu tinggi dalam persediaan menghadapi peperiksaan dahulu, maka kita akan mendapat hasil yang memuaskan. Jika kita berkira dalam memberi komitmen yang tinggi, maka keputusan yang diperolehi juga ala kadar saja.

Walau apapun, semuanya telah berlalu. Apa yang penting sekarang ialah anak-anak hendaklah pandang ke hadapan untuk membentuk masa depan yang lebih gemilang. Renunglah keputusan peperiksaan anda dan buatlah pilihan apa yang perlu anda lakukan seterusnya sesuai dengan kelayakan, minat dan kebolehan anda. Anda perlu membuat pilihan bijak. Dapatkan informasi daripada berbagai pihak jika anda tidak tahu. Gunakan khidmat kaunselor sekolah anda untuk membantu.

Di negara kita terdapat begitu banyak pusat pengajian yang menyediakan berbagai kursus sama ada dalam akademik atau kemahiran. Mohonlah kursus yang bersesuaian dengan anda. Dalam masa menunggu kemasukan ke pusat-pusat pengajian ini, janganlah anak-anak membuang masa dengan berehat dan berhibur sepanjang masa. Buatlah sesuatu yang berfaedah kepada diri sendiri dan keluarga anda. Latih diri untuk bangun awal pagi.

Cikgu ingin mengambil kesempatan di ruangan ini untuk mengucapkan tahniah kepada adik Madihah pelajar Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang mendapat keputusan yang sangat cemerlang (20A) baru-baru ini. Cikgu amat mengkagumi kebolehan adik Madihah ini. Dalam keadaan yang serba kekurangan beliau berjaya mendapat keputusan yang sangat cemerlang. Cikgu amat yakin tentu ada sesuatu amalan yang dilakukan oleh adik Madihah dalam usaha mencapai keputusan begini. Salah satu daripadanya tentunya penyerahan diri kepada Allah Taala. Betul tak adik Madihah?... Cikgu yakin adik Madihah banyak memohon pertolongan daripada Allah Taala disamping mempunyai komitmen yang sangat tinggi terhadap pelajarannya. Cikgu juga yakin adik Madihah merupakan seorang anak yang taat kepada ibubapanya. Betul tak dik?... TAHNIAH dik...

Kepada anak-anak pelajar sekalian... contohilah adik Madihah. Gembirakan hati ibubapa dan guru-guru anda dengan mempunyai sahsiah diri yang positif dalam usaha menuntut ilmu. Semoga anda diberi kejayaan dunia dan akhirat.smile
 

 Sekian dulu coretan cikgu kali ini. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatanNya dalam apa juga yang kita lakukan. Wassalam...

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 22/03/2009 @ 12:40  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

Penghargaan buat seorang GURU... - oleh anainiameen

Cikgu Ana baru saja terima satu mesej dari seseorang. Mesejnya berbunyi begini, “ This is from my heart, especially for you my teacher. This is for every hour we have ever spent together and for every joy and every tear shed for one another. This is for all those little things you have done for me which have made life so great. This is for every time when I needed you for sacrifices you made for me for the times when you understood me and supported me with tenderness and love. This is from my heart to express exactly how I feel about you. To remind you that I will always love you and may your love shine through… SINCERELY FROM YOUR X-STUDENT.

Betapa terharunya seorang guru mendapat kata-kata penghargaan begini dari anak didiknya. Terima kasih Izzati, dari SMK Seri Tualang. Semoga anda sukses dalam bidang yang diceburi.

Anak-anak pelajar sekalian…
Hargailah ibu anda.. Hargailah bapa anda… Hargailah guru anda. Dan hargailah orang-orang yang telah “memberi” kepada anda. Ucapan “TERIMA KASIH” dari hati anda dan dilafazkan kepada mereka merupakan kata-kata keramat yang tidak ternilai harganya. Kata-kata penghargaan itu akan membuatkan anda terus disayangi. Mereka akan terus mendoakan kejayaan anda. Janganlah kedekut untuk mengucapkan kata-kata keramat itu. Walaupun ringkas, tetapi ia amat bermakna bagi orang yang menerimanya. Biasakanlah mengucapkan “TERIMA KASIH” kepada mereka yang telah “memberi” kepada anda, bak kata pepatah “ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA”

Selamat Maju Jaya...e

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 19/12/2008 @ 22:24  - 1 Komen 1 Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

KEPADA PELAJAR SPM - oleh anainiameen

eSELAMAT MERDEKA KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG TELAH TAMAT MENDUDUKI SPMl. ANAK-ANAK AKAN BERCUTI LAMA. MANFAATKANLAH CUTI INI. CARILAH PENGALAMAN SEBANYAK MUNGKIN. dJANGAN JADI PENGANGGUR TERHORMAT d. URUSLAH MASA ANDA DENGAN BAIK DAN TERANCANG.

KEPADA ANAK-ANAK YANG AKAN KE PLKN 28 DIS HINGGA 11 MAC NANTI, TAHNIAH DIUCAPKAN KERANA ANDA TELAH TERPILIH UNTUK MENIMBA SUATU PENGALAMAN YANG TIDAK SEMUA ORANG MERASAINYA. JADILAH SEORANG PELAJAR YANG KUAT FIZIKAL DAN MENTAL UNTUK MENGHADAPI CABARAN HIDUP AKAN DATANG.

SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SEMUA...e

... / ... Baca lagi...

Tarikh masuk 02/12/2008 @ 17:06  - no Komen no Komen - tengok apa? Tambah anda punya ? Pratonton Cetak 

guestbook.gifBukutamu - My favourite


Nota #4 oleh Khafidza 28/08/2008 @ 21:34
Assalammualaikum e waduh2 sudah ada web site sendiri, siap guna server sekolah lagi. Kandungan web nie bagus, kak anna kena hebah kan pada orang luar. Lastly, teruskan perjuangan mendidik generasi kini dan akan datang,InsyaAllah


cadeau.gifIstimewa

SEKALUNG TAHNIAH UNTUK WARGA SMK SERI TUALANG DI ATAS KEJAYAAN MEMENANGI ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG (ASC) 2009.
APA YANG PENTING ADALAH, BAGAIMANA KITA MENGEKALKAN KECEMERLANGAN INI...
SEMOGA SMK SERI TUALANG TEMERLOH TERUS CEMERLANG
FIGHT!...FIGHT!...FIGHT!... Tualang BEST...

 

 


Chat@Kulaan

Carian



^ Atas ^