Kalender Sekolah
Article
Counter
|
Mengenai Sekolah - Sejarah Sekolah
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan diwujudkan kerana perpindahan kaki tangan Penjara Taiping ke Penjara Pusat Malaysia, Bukit Wira Kajang, dijangkakan bermula pada 1 Januari 1986. sebidang tanah lapang seluas 8.1 ekar di Jalan Padang Tembak Sungai Kantan telah diperuntukkan bagi membina bangunan SK Sungai Kantan. Oleh kerana beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, perpindahan pegawai-pegawai penjara ditangguhkan dan berpindah secara beransur-ansur. Pada 1 Januari 1987 wujud sebuah sekolah baru yang tersergam indah dua blok tiga tingkat di Jalan Padang Tembak, Sungai Kantan.
Bilangan guru ketika itu 13 orang sahaja. Tuan Haji Kamaruzaman telah dilantik sebagai Guru Besar yang pertama, manakala Encik Hassan bin Ali sebagai Guru Penolong Kanan. Sekolah ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Saudara Anwar bin Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia pada 3 Oktober 1987.
Encik Hassan bin Ali telah dilantik sebagai Guru Besar SK Sungai Kantan berikutan pertukaran Tuan Haji Kamaruzaman bin Abdul Aziz ke Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat dan memegang jawaban sebagai Penyelia Kurukulum. Encik Hassan bin Ali telah menerajui SK Sungai Kantan mulai 1 Oktober 1987 hingga bersara pada 30 Januari 1998. tempat beliau telah diisi oleh Puan Roslina binti Haji Hashim, Guru Besar dari SK Lubuk Kelubi pada 31 Mac 1998.
Oleh kerana bilangan murid telah bertambah, maka bangunan bekas asrama Sekolah Menengah Sungai Kantan telah diubahsuai dijadikan bilik darjah. Pada awal tahun 1999 sebuah bangunan baru Blok C siap dibina bagi menampung bilangan murid yang kian meningkat.
SK Sungai Kantan merupakan sebuah sekolah integrasi kerana terdapat murid Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang ditubuhkan pada tahun 1997.
Dengan tertubuhnya Sekolah Kebangsaan Saujana Impian pada 1996 dan SK Kantan Permai pada 2001, bilangan murid sekolah ini semakin menyusut. Pernah satu ketika dahulu bilangan murid hampit 2000 orang, kini bilangan murid tinggal 800 orang sahaja. Sebuah bangunan Pra Sekolah telah siap dibina pada akhir tahun 2006 dan diguna pada 3 Januari 2007.
Kini SK Sungai Kantan telah diterajui oleh Pn Noor Baizura binti Sofian menggantikan Pn Roslina yang bertukar ke SK Saujana Impian. SKSK telah mencatat sejarah pencapaian UPSR 2005 dimana meningkatnya peratus UPSR hingga 88.8%. Semoga SK Sungai Kantan mengorak langkah dan berjaya mencapai VISI SKSK Cemerlang 2010.
Creation date : 15/05/2008 @ 23:55
Last update : 16/05/2008 @ 12:07
Category : Mengenai Sekolah
Page read 1203 times
Preview
Print the article
 Reactions to this article
Nobody gave a comment yet. Be the first one to do it! |
 Hubungi Kami
Sekolah Kebangsaan SK Sungai Kantan,
Jalan Padang Tembak,
43000 Kajang, Selangor, Malaysia.
>> Lokasi Sekolah
| Newsletter
Webmaster - Infos
|